
Friday, December 31, 2010
Tuai Rumah

Posted by Rh.Anthony Phillip, Bawang Assan,Sibu at 6:00 AM 0 comments
Monday, December 13, 2010
Kampungku dulu dan kini
Arus pembangunan telah mengubah wajah kampung kami.Suatu ketika dahulu,sebelum adanya jalan darat ke kampung kami, rumah panjang kami inilah merupakan rumah panjang yang paling ulu di sungai bawang assan .Tetapi kini, rumah panjang kami inilah yang akan pertama sekali kita lihat jika kita datang dari arah bandar Sibu.
Jika suatu ketika dulu, mobilisasi kampung ini amat bergantung kepada jadual perjalanan ekspress (2 buah) 2 kali sehari, setelah adanya jalan raya, kami boleh bergerak ke mana-mana sahaja tanpa mengira masa sama ada ke bandar Sibu atau ke destinasi-destinasi lain di 'Bumi Kenyalang' ini.
Perubahan ini telah membawa banyak pembaharuan dan faedah kepada masyarakat di Bawang Assan. Jurang bandar dan desa semakin tiada jedanya.Untuk pergi ke bandar Sibu pun, tak perlu mengambil masa yang panjang iaitu lebih kurang dalam masa 30-50 minit sahaja.Berbeza sekali ketika menggunakan pengangkutan air, masa yang di ambil untuk sampai ke bandar Sibu,adalah lebih kurang 3 jam.Sementelah itu,kita kena pula bangun awal pagi(sebelum subuh) berjalan meredah malam dan jambatan-jambatan kayu bertemankan lampu suluh dan pelita minyak tanah untuk pergi ke bot ekspress kerana bot ekpress bertolak awal pagi dan kembali pada petang hari yang sama.
Sumber elektrik yang dulunya bergantung kepada mesin jana kuasa sekarang ini pula sepenuhnya dari 'SESCO'.Bekalan air paip pun sudah ada. Berbeza dengan ketika era 70-an dan awal 80-an dulu, kami kena tunggu air pasang untuk mengambil air dari sungai menggunakan baldi untuk kegunaan harian.
Perubahan demi perubahan yang di terima oleh masyarakat di sini, kian mendekatkan lagi kami kepada masyarakat luar.Rasa terpencil itu sudah tiada kami rasakan.Semoga kami terus diberi peluang dan kesempatan bergerak seiring dengan arus pembangunan sekarang dan di masa akan datang.
Posted by Rh.Anthony Phillip, Bawang Assan,Sibu at 8:03 PM 1 comments
Selamat Datang Ke Blog Rumah Anthony Phillip,Bawang Assan,Sibu
Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Dengan penuh rasa kesyukuran, maka akhirnya berjaya juga diwujudkan blog Rh. Anthony Phillip,Bawang Assan ini seadanya seperti mana yang saudara saudari lihat sekarang ini.Matlamat blog ini dibangunkan adalah sebagai langkah permulaan kami untuk mengorak langkah dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Semoga dengan adanya blog ini nanti maka dapatlah warga rumah panjang ini mengakses laman web ini walau di mana mereka berada sekali pun di samping dapat mengikuti perkembangan dan aktiviti-aktiviti semasa di kampung mereka. Kata orang," jauh di mata dekat di hati".Selain itu, dengan adanya laman web ini, maka dapatlah diwar-warkan pengumuman-pengumuman yang perlu disampaikan kepada warga rumah panjang ini dari semasa ke semasa.Dengan adanya laman web ini juga , maka dapatlah masyarakat di luar sana mengenali kita dan mengikuti perkembangan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di rumah panjang ini.Kemendirian blog ini juga akan menjadi rakaman sejarah serta catatan peristiwa yang akan dapat di tatap oleh generasi akan datang agar mereka kenal akan kampung halaman mereka.Semoga kita tidak ketinggalan dalam arus maklumat di era globalisasi.
Sekian & Salam Perpaduan untuk semua.
Posted by Rh.Anthony Phillip, Bawang Assan,Sibu at 12:18 PM 0 comments