Bangsa Iban SIGI Penuh Adat Basa

Friday, December 31, 2010

Tuai Rumah




    Tuai Rumah Anthony Anak Philip @ Phillip adalah seorang pesara kerajaan yang yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Pelajaran, Negeri Sarawak. Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Beliau mula berkhidmat pada 01.06.1966 sebagai guru sandaran dan mengajar di SRK Teluk Batu, Daerah Meradong (Binatang). Pada tahun 1967 beliau berpindah ke SRK Abang Amin, Binatang dan pada 1968 hingga 1969 dipindahkan ke SRK Ulu Meradong dan dinaikkan pangkat sebagai guru besar. Kemudian  pada 1970 hingga 1971 beliau mengikuti kursus perguruan sekolah rendah di `Rejang Teachers' College, Binatang. Semasa di maktab perguruan tersebut beliau pernah memegang jawatan penting sebagai Vice President untuk tahun 1971. Tamat latihan perguruan di maktab tersebut beliau di tempatkan di SRK Long Segaham di Daerah Belaga. Lepas itu beliau berkhidmat di SRK Ng. Oyan, Kapit, SRB Sg. Amang, Kapit, SRB Cardinal Vaughan, Song sebagai guru besar. Kemudian pada tahun 1987 hingga 1994 beliau  berkhidmat sebagai Penolong Penyelia, bahagian pembangunan di Jabatan Pelajaran, Bahagian Kapit. Pada tahun 1994 Disember hingga 09.09.2000 beliau menjawat jawatan guru besar di SRK Selidap, Bintangor. Beliau bersara pada 10.09.2000. Kemudian pada 01.05.2006 beliau di pilih sebulat suara oleh semua ketua keluarga rumah panjang beliau di Bawang Assan sebagai Tuai Rumah ataupun Ketua Kaum. Beliau pernah di anugerahkan Bintang Kebesaran Negeri Sarawak " Bentara Bintang Sarawak" BBS oleh Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Salehudin pada tahun 2004. Bilangan keluarga dalam rumah ini adalah 61 pintu.


0 comments: