Bangsa Iban SIGI Penuh Adat Basa

Monday, December 13, 2010

Kampungku dulu dan kini

Inilah wajah kampung kami pada masa laman blog ini dibangunkan.Dari sudut pandangan fizikalnya,sebenarnya foto ini memaparkan bahagian belakang rumah panjang kami(dalam istilah iban bahagian dapur turut dikenali sebagai 'pelabuh').Bahagian hadapan rumah panjang ('tanju') adalah menghala ke arah sungai, memandangkan suatu ketika dahulu rumah panjang ini hanya dapat di akses melalui sungai.Berbeza sekali dengan senario pada masa kini, rumah panjang ini telah dapat di akses melalui jalan raya.
      Arus pembangunan telah mengubah wajah kampung kami.Suatu ketika dahulu,sebelum adanya jalan darat ke kampung kami, rumah panjang kami inilah merupakan rumah panjang yang paling ulu di sungai bawang assan .Tetapi kini, rumah panjang kami inilah yang akan pertama sekali kita lihat jika kita datang dari arah bandar Sibu.
     Jika suatu ketika dulu, mobilisasi kampung ini amat bergantung kepada jadual perjalanan ekspress (2 buah) 2 kali sehari, setelah adanya jalan raya, kami boleh bergerak ke mana-mana sahaja tanpa mengira masa sama ada ke bandar Sibu atau ke destinasi-destinasi lain di 'Bumi Kenyalang' ini.
     Perubahan ini telah membawa banyak pembaharuan dan faedah kepada masyarakat di Bawang Assan. Jurang bandar dan desa semakin tiada jedanya.Untuk pergi ke bandar Sibu pun, tak perlu mengambil masa yang panjang iaitu lebih kurang dalam masa 30-50 minit sahaja.Berbeza sekali ketika menggunakan pengangkutan air, masa yang di ambil untuk sampai ke bandar Sibu,adalah lebih kurang 3 jam.Sementelah itu,kita kena pula bangun awal pagi(sebelum subuh) berjalan meredah malam dan jambatan-jambatan kayu bertemankan lampu suluh dan pelita minyak tanah untuk pergi ke bot ekspress kerana bot ekpress bertolak awal pagi dan kembali pada petang hari yang sama.
     Sumber elektrik yang dulunya bergantung kepada mesin jana kuasa sekarang ini pula sepenuhnya dari 'SESCO'.Bekalan air paip pun sudah ada. Berbeza dengan ketika era 70-an dan awal 80-an dulu, kami kena tunggu air pasang untuk mengambil air dari sungai menggunakan baldi untuk kegunaan harian.
     Perubahan demi perubahan yang di terima oleh masyarakat di sini, kian mendekatkan lagi kami kepada masyarakat luar.Rasa terpencil itu sudah tiada kami rasakan.Semoga kami terus diberi peluang dan kesempatan bergerak seiring dengan arus pembangunan sekarang dan di masa akan datang.

1 comments:

Finding Daisy said...

saya cadangkan upload gambar2 lama yang ada value sejarah rumah panjang ini.request dari penghuni2 rumah panjang.