Bangsa Iban SIGI Penuh Adat Basa

Monday, December 13, 2010

Selamat Datang Ke Blog Rumah Anthony Phillip,Bawang Assan,Sibu

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Dengan penuh rasa kesyukuran, maka akhirnya berjaya juga diwujudkan blog Rh. Anthony Phillip,Bawang Assan ini seadanya seperti mana yang saudara saudari lihat sekarang ini.Matlamat blog ini dibangunkan adalah sebagai langkah permulaan kami untuk mengorak langkah dalam bidang teknologi maklumat (IT).
Semoga dengan adanya blog ini nanti maka dapatlah warga rumah panjang ini mengakses laman web ini walau di mana mereka berada sekali pun di samping dapat mengikuti perkembangan dan aktiviti-aktiviti semasa di kampung mereka. Kata orang," jauh di mata dekat di hati".Selain itu, dengan adanya laman web ini, maka dapatlah diwar-warkan pengumuman-pengumuman yang perlu disampaikan kepada warga rumah panjang ini dari semasa ke semasa.Dengan adanya laman web ini juga , maka dapatlah masyarakat di luar sana mengenali kita dan mengikuti perkembangan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku di rumah panjang ini.Kemendirian blog ini juga akan menjadi rakaman sejarah serta catatan peristiwa yang akan dapat di tatap oleh generasi akan datang agar mereka kenal akan kampung halaman mereka.Semoga kita tidak ketinggalan  dalam arus maklumat di era globalisasi.
Sekian & Salam Perpaduan untuk semua.

0 comments: